Membuat Status Chat Pada Facebook Sebagai Invisible

Mencari bagaimana cara membuat Status Invisible di Facebook Chat?. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, di FaceBook Chat, hanya ada dua pilihan untuk anda menukarkan status samaada Online (dengan cara klik menu chat di facebook) atau Offline. Tidak ada cara untuk menukarkan status anda menjadi Invisible di FaceBook Chat.

Untuk penyelesaian mudah jika anda ingin membuat status anda online untuk seseorang dan ingin offline dengan yang lain ikuti cara2 dibawah :

Buat kumpulan No Chat.

Letakkan orang yang anda tidak mahu chat kepada group No Chat.

Kemudian tetapkan No Chat kepada Offline.

Ok kini anda sudah selesai membuat status anda menjadi offline (Invisible) kepada orang yang dikehendaki.

Jika anda tidak mahu rakan2 anda tahu jika anda sedang online atau sedang menggunakan facebook, berikut pula adalah cara2 yang boleh dapat membantu anda.

Pertama sebelum anda keluar pada facebook. Hendaklah membuatkan facebook chat anda offline (dengan klik Option>> pergi pada Offline). Kemudian log keluar dari akaun facebook anda.

Dengan menggunakan langkah ini, setiap kali anda log masuk / log in ke facebook anda dan secara automatik facebook chat anda akan ditetapkan ke offline dan rakan2 anda tidak akan pernah tahu jika sekarang ini anda sedang menggunakan facebook.

Nota : Harap maaf jika lama xupdate blog n blogwalking. bz dan kemalasan melanda. huhu


Read More »

Tinysong - Berkongsi Lagu Dengan Memendekkan URL

Tinysong adalah laman yang membolehkan anda untuk memendekkan URL yang memudahkan untuk dikongsikan pada teman2 anda. Hanya pergi pada lamannya iaitu tinysong.com dan cari lagu melalui nama artis atau tajuk lagu yang dikehendaki. Dengan sepantas kilat hasil carian anda akan dipaparkan dibawah. Anda boleh mendengar lagu secara terus pada lamannya manakala untuk berkongsikan lagu kepada teman hanya klik pada Share.


Copy sahaja dengan menekan Copy tinysong link to your clipboard dan berbagi kepada teman atau anda boleh berkongsinya secara terus pada laman sosial seperti Twitter, Facebook, Tumblr, Email, dan juga StumbleUpon dengan mengklik butang yang telah disediakan. Seterusnya URL pendek yang dikongsikan akan dimainkan di GrooveShark apabila teman anda ingin mendengarnya.

Layari Tinysong di SINI.

Nota : Laman ini best! ;D


Read More »

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Now Released!

Bagi yang ternanti2 keluaran versi terbaru Malaysian Radio kini anda sudah boleh dapatkannya dan memuat turun secara percuma. Malaysian Radio V4 terbaru ini kami jadikan temanya sebagai (Black Edition) kerana ianya nampak lebih kemas, bergaya dan juga menawan dengan berlatarkan hitam. Pelbagai fungsi baru yang ditambah antaranya ialah tempat berborak (Chatting Room) yang mungkin akan menaikkan lagi pengguna Malaysian Radio ini. Terdapat juga fungsi yang dibuang seperti Lite Skin kerana kami rasa fungsi ini tidak diperlukan pada tema (Black Edition).

Bagi fungsi terbaru Malaysian Radio V4 (Black Edition) iaitu Chatting Room, akan terdapat 5 moderator yang mengawal bagi mengelakkan berlakunya spam atau perkara tidak diingini. Dilarang meminta menjadi moderator, hanya yang berpengalaman dan layak sahaja akan menjadi moderator.

Untuk melihat fungsi yang ditambah, dikemaskini dan dibuang, anda boleh lihat senarai penuh dibawah : (English Only)

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Function :

* Malaysian Radio V4 now black edition
* New splash screen
* New Malaysian Radio V4 header
* New server radio (All radio 71)
* New sound on start and exit program
* Fixed on volume control (mute button)
* Mr Effect (Flash Taskbar)
* Disconnect/reconnect to reset your internet connection
* Remove lite skin
* Chatroom on Malaysian Radio V4
* 5 moderator will take place to avoid spammer while chatting
* Rules on chatting included
* Refresh chatting when there are problem to load
* New about GUI
* Now you can donate into maybank account

Malaysian Radio V4 (Black Edition) ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)



Malaysian Radio V4 (Black Edition) Download :



Upcoming updated on Malaysian Radio V4 (Black Edition) :

We want to make Malaysian Radio more stable and more functional. Future function that will be made is Status Song and for download streaming radio will still figure out on it.

Nota : Kami nak buat Facebook Fan Pages. Harap korang dapat join ye. Ouh ya segala masalah boleh terus contact kami atau terus bertanya pada moderator. tq



Read More »